Blogger Widgets

KEPENTINGAN TAZKIYAH AN-NAFS DALAM MENUNTUT ILMU

بسم الله الرحمن الرحيم

KEPENTINGAN TAZKIYAH AN-NAFS DALAM MENUNTUT ILMU

·        PENDAHULUAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya tugasan ini mampu dilaksanakan dengan lancar dan baik. Tajuk ‘Kepentingan Tazkiyah An-Nafs Dalam Menuntut Ilmu’ ini perlu dititikberatkan oleh semua pelajar, mahasiswa dan para penuntut ilmu samaada secara formal atau tidak formal. Hal ini kerana, di samping kita menjaga adap dan akhlak yang zahir dalam menuntut ilmu seperti adab ketika belajar dan adab bersama guru, namun ‘adab’ kita terhadap jiwa dan hati kita sendiri ketiga menuntut ilmu perlu juga diberikan penekanan yang mendalam. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnyadan
 ketahuilah bahawa itu adalah hati.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

            Ingatlah, sesungguhnya proses penyucian jiwa ini merupakan tugas para rasul dan nabi. Mari kita tumpukan perhatian sebentar kepada do’a Nabi Ibrahim ini sebentar :


$uZ­/u ô]yèö/$#ur öNÎgÏù Zwqßu öNåk÷]ÏiB (#qè=÷Gtƒ öNÍköŽn=tæ y7ÏG»tƒ#uä ÞOßgßJÏk=yèãƒur |=»tGÅ3ø9$# spyJõ3Ïtø:$#ur öNÍkŽÏj.tãƒur 4 y7¨RÎ) |MRr& âƒÍyèø9$# ÞOŠÅ3ysø9$# ÇÊËÒÈ  

"Ya Tuhan kami, utuslah di tengah mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-MU dan mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka dan menyucikan mereka. Sungguh, ENGKAUlah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana."

[Al-Baqarah, 2:129]

Dari sini kita boleh lihat bahawa Nabi Ibrahim berdoa kepada ALLAH memohon untuk diutuskan para rasul kepada setiap umat untuk melaksanakan 3 perkara:
1. Tazkir (Membacakan dan mengingatkan ayat-ayat ALLAH)
2. Ta'alim (Mengajarkan)
3. Tazkiyah (Menyucikan)
           
Mari kita cuba meneliti hakikat dunia zaman sekarang, ramai dalam kalangan penuntut ilmu ini tidak lagi mengambil berat tentang akhlak serta adab mereka ketika menimba ilmu. Sikap kurang ajar terhadap guru seolah-olah telah menjadi nadi kehidupan mereka. Adapun dalam kalangan mereka yang berilmu tinggi, namun tidak mahir dalam menyampaikan nasihat. Adapun mereka yang hebat dalam menyampaikan nasihat kepada orang ramai, namun belum lagi utuh dalam dirinya ilmu-ilmu yang mendalam. 

Ada pula yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi serta mampu menyampaikan nasihat dengan berkesan, namun belum mampu untuk mentazkiyahkan jiwa mereka. Akan tetapi, sesiapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut ( tadzkir , ta’lim dan tazkiyah ), sesungguhnya dia telah memiliki ‘ubat yang mujarab’ dalam kehidupannya. Sekiranya tidak, maka proses tajdid hendaklah dilaksanakan sekarang secara istiqamah.

Perkara yang memainkan peranan terpenting dalam perkara ini adalah niat. Sesungguhnya segala amalan itu tergantung kepada niatnya. Namun niat itu belum lagi dikira sempurna selagi tidak diadun bersama dengan ikhlas kerana Allah. Apabila telah bersama dengannya keikhlasan, maka segala usaha kita insya-Allah tidak akan terkandas.

 Melalui adab, akhlak serta jiwa yang baik serta suci ketika mendalami ilmu pengetahuan duniawi mahupun ukhrawi, insya-Allah ketiga-tiga perkara ini mampu digapai serta segala penerangan dan maksud ilmu yang disampaikan itu mampu diterima dengan baik dan sempurna. Sebagaimana nasihat guru kepada Imam as-Syafi’e,  “Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak masuk ke dalam hati yang bermaksiat”.

Insya-Allah, dalam risalah ini nanti, kita akan bersama-sama memerhati, memahami serta menilai segala inti pati yang disampaikan. Marilah kita berdo’a semoga risalah ini mampu memberikan sumbangan yang berguna kepada para pembacanya ke arah mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Jazakumullahu khairan kathira.

·        TAKRIF DAN PENGERTIAN

            - Definisi Tazkiyah An-Nafs

Tazkiyah : merupakan kalimah arab yang berasal daripada lafaz زَكَّى , يُزَكِّى , تَزْكِيَةٌ   yang membawa maksud penyucian dan pembaikan.
            An-Nafs : merupakan kalimah arab نَفْسٌ   yang mempunyai beberapa makna yang sering diterjemahkan kepada :

·         Diri
·         Jasad
·         Jiwa
·         Ruh
·         Kalbu
·         Zat

Secara istilah :  nafs dikemukakan Ibnu Abbas, sebagaimana dikutip Ibnu Mazhur dalam kamus Lisanul Arab, bahawa manusia memiliki dua nafs:

a. nafs al-a'ql (akal) yang dengan akal manusia mampu mengidentifikasi dan berpikir
b. nafs ar-ruh yang dengan ruh ini manusia hidup.

Jika kita memaknai kata nafs secara bahasa semata-mata, maka ianya akan melahirkan perbezaan di dalam memahami konsep tazkiyah an nafs. Karena konsep yang difahami berbeza, maka aksi yang dilakukan dalam rangka tazkiyah an nafs pun berbeza-beza.

Maka dapatlah difahami bahawa, tazkiyah an-nafs mampu diertikan sebagai penyucian jiwa dari segala penyakit dan kecacatan rohani, merealisasikan berbagai maqam kepadanya, dan menjadikan asma’ dan shifat sebagai akhlaknya.

- Tazkiyah An-Nafs Dalam Al-Quran

Dalam Al-Quran ada beberapa pengertian tazkiyah an-nafs.
Pertama, menyucikan diri dari kemusyrikan dan kekufuran.

uqèd Ï%©!$# y]yèt/ Îû z`¿ÍhÏiBW{$# Zwqßu öNåk÷]ÏiB (#qè=÷Ftƒ öNÍköŽn=tã ¾ÏmÏG»tƒ#uä öNÍkŽÏj.tãƒur ãNßgßJÏk=yèãƒur |=»tGÅ3ø9$# spyJõ3Ïtø:$#ur bÎ)ur (#qçR%x. `ÏB ã@ö6s% Å"s9 9@»n=|Ê &ûüÎ7B ÇËÈ 

Dalam QS Al-Jumuah [62] ayat 2 di atas, salah satu kata berbunyi yuzakkihim memiliki makna ”menyucikan diri dari najis dan kekufuran” (Ath Thabari, 28/93).

Najis di sini menunjukkan orang-orang musyrik (QS At-Taubah [9]: 28). Sedangkan menurut Al Qurthubi kalimah yuzakkihim boleh diberi makna ”menjadikan kalbu-kalbu mereka suci dengan keimanan”.

Kedua, menyucikan diri dari keburukan-keburukan amal perbuatan, dengan melakukan amal-amal saleh. Abi Saud menyimpulkan dalam kalimah yuzakkihim merupakan tugas Rasul yang membawa manusia pada kesucian; suci akidah dan amal perbuatannya (Abi As Saud, 8/247).

Ketiga, menjalankan ketaatan kepada Allah SWT. Dalam QS Asy-Syam [91] ayat 60 terdapat frasa man zakkaha. Menurut Al Qurthubi frasa ini bermakna ”siapa yang disucikan jiwa oleh Allah dengan ketaatan kepada-Nya”. Hal senada dikemukakan pula oleh Ibnu Katsir.

Keempat, tidak memiliki dosa atau bertobat dari dosa-dosa (QS Al Kahfi [18]: 74).

Kelima, totalitas keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT (QS Thaha[20]: 76). Menurut Ibnu Katsir dalam ayat ini terdapat kalimah man tazakka yang bermakna menyucikan dirinya dari dosa, keburukan dan syirik. Hanya menyembah Allah semata-mata, tidak menyekutukan-Nya, sentiasa mengikuti segala perbuatan baik sebagaimana yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dalam segenap aspek kehidupan.

- Definisi Ilmu

Ilmu : merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa arab علِم , يعلَم , علما , عليم . Ilmu adalah kata benda abstrak dari kata kerja "alima", jadi terletak diantara "alim" (yang mengetahui) dan "ma'lum" (yang diketahui).

Dalam erti kata yang lain, ilmu adalah penghubung antara yang tahu (subjek) dan yang diketahui (objek). Oleh kerana kita memperkatakan tentang ilmu manusia, maka jika objek (yang diketahui) bersifat terhad dan tidak sempurna, ia dengan sendirinya mengertikan ilmu manusia juga tidak sempurna.

Dalam membahaskan definasi ilmu terdapat pelbagai pendapat dalam kalangan para sarjana:
Jujun S. Suriasumantri mengatakan bahawa ilmu merupakan kumpulan ilmu pengetahuan yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan ilmu dengan pengetahuan-pengetahuan lainnya. Beliau juga menambah bahawa ilmu merupakan salah satu daripada pemikiran manusia dalam menjawab pertanyaan.

S.M Naquib Al-Attas mentakrifkan ilmu sebagai ketibaan sesuatu makna hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang. Kebenaran sesuatu ilmu itu apabila merujuk kepada Allah swt sebagai sumber asal segala ilmu.

Terdapat banyak lagi takrifan yang diberikan oleh sarjana ringkasannya ialah:

1. Ilmu sebagai proses mengetahui dan sebagai sifat yang membolehkan seseorang itu mengetahui.

2. Ilmu adalah kognisi (makrifah) contohnya seperti takrif yang dikemukakan oleh al-Baqilani "ilmu                     adalah kognisi tentang sesuatu benda menurut hakikatnya yang sebenar".

3. Ilmu adalah proses atau mencari persepsi mental.

4. Ilmu adalah rupa bentuk (surah). Contohnya seperti takrif Ibn Sab'in "Ilmu adalah perkara yang                     menerangkan kebenaran dan memberikan maklumat tanpa tertinggal apa-apa yang perlu                              diselidiki”.

Penjelasan di atas menunjukkan bahawa ilmu itu menekankan makna kebenaran bukan kepalsuan kepada jiwa seseorang. Segala fakta dan maklumat yang banyak itu tidaklah bererti dan bernilai sekiranya tidak mempunyai nilai kebenaran. Oleh itu, sekiranya takrifan ilmu ini disempitkan maknanya kepada pengetahuan tentang maklumat semata-mata maka ia adalah takrifan yang dipertikaikan kebenarannya.

Ilmu juga merupakan suatu sistem yang menghasilkan kebenaran dan salah satu daripada usaha manusia untuk memperadapkan dirinya (memajukan tingkat kehidupan manusia daripada aspek jasmani dan rohani). Ilmu juga meliputi pengetahuan dan cara yang dikembangkan oleh manusia untuk mencapai tujuan tersebut.

- Pengertian Keseluruhan

Kesimpulan daripada kesemua pengertian yang telah dikemukakan di atas, dapatlah difahami di sini bahawa ‘Tazkiyah An-Nafs Dalam Menuntut Ilmu’ ialah - penyucian jiwa serta hati nurani amat penting untuk disempurnakan dalam usaha kita mencari serta mendalami ilmu-ilmu yang telah dicurahkan oleh Allah SWT kepada kita di muka bumi ini.

·        KAEDAH  MENDAPATKAN TAZKIYAH AN-NAFS

Setelah kita mengetahui pengertian tazkiyah an-nafs, mungkin timbul persoalan di dalam benak hati kita, “bagaimanakah cara untuk menyucikan hati kita?”.  Di sini telah digariskan beberapa panduan yang mampu kita lakukan untuk mendapatkan tazkiyah an-nafs.

1.      Solat

Kita sudah sedia maklum bahawasanya, solat merupakan tonggak utama ibadat sebagai seorang muslim, sebagaimana sabda Rasul SAW yang kira-kira bermaksud “solat itu tiang agama”. Solat juga merupakan amalan yang pertama sekali yang akan dihisab oleh Allah SWT di alam akhirat kelak. Sekiranya sempurna amalan solat kita, maka baik serta selamatlah amalan kita yang lain. Untuk itu, amat penting bagi kita untuk memelihara solat, bukan sahaja tidak lalai akannya, namun turut dilaksanankan dengan sempurna.

Maka, dalam usaha untuk mendapatkan tazkiyah an-nafs dalam solat, wajiblah ke atas kita untuk berusaha mendapatkan kekhusyukan. Firman Allah SWT dalam surah                  al-Mukminun ayat 1 dan 2 “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya”.

2.      Saum (Puasa)

Puasa merupakan antara senjata yang amat berkesan dalam usaha untuk melawan hawa nafsu. Hati kita akan terjaga, kemaluan kita akan terpelihara dan mulut kita juga akan kita hindarkan daripada mengucapkan perkara yang sia-sia ketika kita berpuasa. Bahkan, di samping mampu menjaga hati nurani kita, banyak kajian saitifik yang menyatakan bahawasanya melalui cara berpuasa, kesihatan fizikal kita juga turut terpelihara.

Jangan kita sempitkan fikiran kita puasa ini hanyalah pada bulan ramadhan semata-mata. Ketahuilah sesungguhnya Nabi SAW mengamalkan puasa pada hari Isnin dan Khamis, serta Nabi Daud pula berpuasa secara berselang-seli, iaitu berpuasa pada hari ini dan esok tidak tetapi berpuasa kembali pada lusanya pula.

3.      Zakat dan Infak/Sedekah

Sekiranya kita teliti asal perkataan زكاة  adalah berasal daripada زكا , يزكو  bermaksud berkembang dan menjadi bersih. Bahkan ramai ulama’ terdahulu dan sekarang menyatakan bahawa amalan zakat dan bersedekah ini bukan sahaja dapat mensucikan harta, malah segala kekotoran hati kita juga mampu dibersihkan. 

Kita perlu tahu bahawa pada hakikatnya setiap harta milik kita ini bukanlah milik kita sebenarnya melainkan milik Allah yang hanya dipinjamkan sementara kepada kita. Untuk itu, kita seharusnya berkongsi kesenangan kita kepada mereka yang turut memerlukan dengan memperbanyakkan amalan bersedekah. Melalui amalan ini juga akan menjauhkan kita daripada sifat kikir dan kedekut.

4.      Haji dan Umrah

Setiap kita sudah semestinya mempunyai impian dan cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Ingatlah di situlah tempat lahirnya junjungan yang mulia Baginda SAW. Persiapkanlah diri kita sebaik-baiknya untuk menunaikan haji dan umrah ini. Apabila kita berada di sana nanti, laksanakanlah segala amalan yang disyariatkan seperti solat pada waktunya, memperbanyakkan bacaaan al-Quran, qiamullail dan berzikir. Insya-Allah, melalui amalan ini mampu menghapuskan sifat-sifat mazmumah seterusnya membawa kita ke arah proses penyucian jiwa yang lebih sempurna.

5.      Bermuhasabah

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, “Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan. Timbanglah amalanmu sebelum amalan kamu ditimbangkan.” Muhasabah diri ini amat penting untuk kita menilai kembali diri kita sendiri sama ada lebih ke arah kebaikan atau pun kebinasaan. Sekiranya kita lebih ke arah kebaikan, maka istiqamahlah dalam melaksanakannya serta berusaha untuk meningkatkannya lagi.

Muhasabah ini sebaik-baiknya dilakukan sebelum dan juga sesudah kita melakukan sesuatu perkara. Jangan pula untuk sentiasa memperbaharui niat agar setiap kebaikan yang kita lakukan itu tidak terpesong daripada landasan atau tujuan yang sepatutnya. Berniatlah di awal, pertengahan dan akhir amalan dan perbuatan kita. Muhasabah ini sekiranya diamalkan dengan cara yang sempurna, insya-Allah mampu memberikan impak yang sangat mendalam.


6.      Zikir dan Fikir

žcÎ) Îû È,ù=yz ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur É#»n=ÏF÷z$#ur È@øŠ©9$# Í$pk¨]9$#ur ;M»tƒUy Í<'rT[{ É=»t6ø9F{$# ÇÊÒÉÈ  
tûïÏ%©!$# tbrãä.õtƒ ©!$# $VJ»uŠÏ% #YŠqãèè%ur 4n?tãur öNÎgÎ/qãZã_ tbr㍤6xÿtGtƒur Îû È,ù=yz ÏNºuq»uK¡¡9$# ÇÚöF{$#ur $uZ­/u $tB |Mø)n=yz #x»yd WxÏÜ»t/ y7oY»ysö6ß $oYÉ)sù z>#xtã Í$¨Z9$# ÇÊÒÊÈ  

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat ALLAH sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah ENGKAU menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci ENGKAU, lindungilah kami dari azab neraka."
[Ali Imran, 3:190-191]

Berfikir mengenai kekuasaan Allah dan kehebatan segala ciptaan-Nya mampu menyucikan hati kita. Mari kita telusuri kisah Nabi Ibrahim yang merenung keindahan dan kejadian alam ini untuk mencari siapakah penciptanya. Betapa sikap kritis Nabi Ibrahim yang memikirkan kejadian alam ini perlu kita contohi. Berfikir tentang sakaratul maut dan kehidupan selepas mati juga boleh menyucikan hati kita.
7.      Membaca Al-Quran

Al-Quran merupakan asy-syifa’ yakni ubat kepada segala penyakit terutamanya penyakit hati. Bacalah ayat-ayat cinta Allah terhadap hamba-hamba-Nya ini. Sesungguhnya, kalimah-kalimah agung ini mampu memberikan implikasi yang sangat mendalam kepada pembacanya.

$yJ¯RÎ) šcqãZÏB÷sßJø9$# tûïÏ%©!$# #sŒÎ) tÏ.èŒ ª!$# ôMn=Å_ur öNåkæ5qè=è% #sŒÎ)ur ôMuÎ=è? öNÍköŽn=tã ¼çmçG»tƒ#uä öNåkøEyŠ#y $YZ»yJƒÎ) 4n?tãur óOÎgÎn/u tbqè=©.uqtGtƒ ÇËÈ 

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama ALLAH gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-NYA kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal,"
[Al-Anfal, 8:2]

Wahai umat manusia sekalian, marilah kita membaca al-Quran ini besertakan pemahaman dan penghayatan yang betul terhadap maksud yang disampaikan di dalam al-Kitab ini.

·        CARA UNTUK MENGEKALKAN DIRI DALAM PENYUCIAN JIWA

1. Muraqabatullah - Muraqabah ialah melakukan ketaatan dengan ikhlas dan meninggalkan kemaksiatan secara total kerana merasa bahawa Allah sentiasa dekat dan hampir bersamanya. Setiap daripada kita tentunya yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita dan setiap amalan akan dicatat oleh malaikat yang tidak pernah terleka. Pencipta kita yang Maha Tinggi. Sentiasa merasakan bahawa setiap saat, setiap perbuatan kita, ALLAH sentiasa memerhatikan kita.

2. Muahadah -Mu'ahadah membawa maksud berjanji kepada Allah untuk melaksanakan semua perintahNya dan mengingat bahawa setiap pelanggaran janji akan membawa akibat yang tidak baik kepada diri sendiri. Memberikan sepenuh komitmen dan berazam dengan setiap kebaikan yang kita lakukan.

3. Muhasabah - Muhasabah berasal dari perkataan 'hasaba' yang bermaksud hisab atau menilai diri.

$pkšr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qà)®?$# ©!$# öÝàZtFø9ur Ó§øÿtR $¨B ôMtB£s% 7tóÏ9 ( (#qà)¨?$#ur ©!$# 4 ¨bÎ) ©!$# 7ŽÎ7yz $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ÇÊÑÈ

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatNya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Hasyr: 18)

Marilah kita evaluasi diri kita dengan setiap amalan yang kita lakukan.

4. Mu'aqabah - Menghukum diri kita saat kita meninggalkan amalan kebaikan. Contohnya, mendenda diri kita solat Dhuha 12 rakaat jika tertinggal tahajud.

5. Mujahadah - Mujahadah bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu. Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi serta mampu untuk bersungguh-sungguh dengan setiap amalan kebaikan yang dilakukan.

·        KEPENTINGAN TAZKIYAH AN-NAFS DALAM MENUNTUT ILMU

Sekarang kita menyentuh pula topik asal kita iaitu kepentingan tazkiyah an-nafs dalam menuntut ilmu. Mengapa kita perlu mensucikan jiwa ketika menuntut ilmu pengetahuan? Bukankah kita masih juga mampu belajar dan memahami sesuatu walaupun dalam keadaan jiwa yang bermaksiat sebagaimana orang bukan Islam?
Oleh sebab itu, perlulah bagi kita untuk mengetahui beberapa kepentingan tazkiyah an-nafs dalam menuntut ilmu. Antara kepentingannya pada pandangan saya ialah:

1.       Mampu memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih sempurna berlandaskan syariat Allah dan Rasul-Nya serta tidak bertentangan dengan fitrah asal manusia.

2.       Allah SWT mengangkat darjat mereka yang mempunyai ilmu. Sebagaimana firman-Nya dalm surah al-Mujadalah ayat 11 :
Æìsùötƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä öNä3ZÏB tûïÏ%©!$#ur (#qè?ré& zOù=Ïèø9$# ;M»y_uyŠ 4 ª!$#ur $yJÎ/ tbqè=yJ÷ès? ׎Î7yz ÇÊÊÈ  
                Kira-kira bermaksud: " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

3.       Ilmu yang dipelajari tidak akan mencacatkan fikiran, akidah, iman dan fitrah alam apabila hati telah bersih daripada segala kekejian.

4.       Ilmu yang dipelajari bukan sahaja memberikan kesan yang positif kepada individu itu sendiri, malah masyarakat sekelilingnya turut mendapat faedah secara tidak langsung.

5.       Supaya segala amal perbuatan yang dilaksanakan adalah bersih serta berlandaskan ilmu yang suci lagi benar.

6.       Mampu mencapai tahap ilmu yang paling mulia sehingga ke puncaknya, iaitu mengenali Allah SWT (ma’rifatullah).

7.       Jiwa yang suci ketika menuntut ilmu akan memilih untuk belajar secara sistematik dan berperingkat-peringkat. Hal ini kerana orang yang mendapat taufiq ialah orang yang menjaga urutan dan tahap-tahap sesuatu ilmu tersebut.

8.       Dapat mengenal pasti ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang membawa kepada kemudaratan.

9.       Mampu mengambil manfaat daripada hubungkait atau perkaitan antara beberapa cabang ilmu pengetahuan.

10.   Mempelajari ilmu bukan semata-mata untuk kepentingan dunia sahaja, malah kedua-duanya, yakni kepentingan dunia dan akhirat.

11.   Segala amal ibadatnya adalah berlandaskan ilmu pengetahuan, bukannya bertaqlid secara membuta tuli.

12.   Segala teguran dan nasihat mampu diterima dengan hati yang lapang walaupun ditegur oleh kanak-kanak ataupun orang yang rendah darjatnya seperti hamba.

13.   Tidak mudah ditipu oleh kesenangan dan keseronokan dunia, namun tidak pula memandang dunia dengan hina kerana mengetahui bahawasanya dunia adalah ladang untuk dituai semasa di alam akhirat.

14.   Segala sifat mazmumah dapat dihindari, seterusnya membawa ke arah keredhaan Allah SWT sehingga mendapat ganjaran pahala dan syurga malahan turut mendapat nikmat yang teragung yakni melihat ‘wajah’ Allah di akhirat kelak.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kepentingan tazkiyah an-nafs dalam menuntut ilmu. Apa yang telah disenaraikan tadi hanyalah sebahagian kecil daripada kepentingannya. Tujuannya hanyalah hendak membuka minda kita akan pentingnya tazkiyah an-nafs ini serta mendorong untuk berusaha mendapatkannya.

·         KESIMPULAN

Secara ringkasnya, dapatlah saya simpulkan di sini bahawa dalam usaha kita mencari serta menimba ilmu pengetahuan, adalah tidak mencukupi jika kita hanya bersedia dari segi aspek fizikal dan mental seperti wang, alat tulis, buku, semangat dan kekentalan diri semata-mata. Namun aspek-aspek kerohanian seperti kesucian jiwa juga perlu dititikberatkan oleh semua golongan yang inginkan ilmu. Supaya segala ilmu yang kita pelajari bukan hanya bermanfaat di muka bumi ini sahaja, malah turut bermanfaat di akhirat nanti sehingga diangkat darjat kita di sisi Allah SWT, insya-Allah.

·        RUJUKAN


1.      Al-quran


2.      Intisari Ihya’ ‘Ulumuddin al-Ghazali Mensucikan Jiwa ; Konsep Tazkiyatun-nafs Terpadu, diseleksi dan disusun ulang oleh Syeikh Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa (Sa’id Hawwa) terbitan Robbani Press









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...